Kolej Komuniti
Bandar Baharu
| Tel | : 05-7169539 |
| Faks | : 05-7167610 |
| : kkbb@kkbb.net.my | |
| FB | : https://www.facebook.com/ kkbandarbaharu |
![]() |
Latihan industri membolehkan pelajar mendapat pengalaman di industri, firma atau jabatan kerajaan yang berkaitan bagi melahirkan graduan yang mempunyai kompeten dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan semasa negara. |
Tempoh latihan industri memerlukan pelajar ditempatkan di industri yang bersesuaian untuk tempoh 1 semester (16 minggu / 24 minggu). Tempoh yang ditetapkan ini bagi memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency – MQA). |
| Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan dalam bidang masing-masing. | |
| Mendedahkan pelajar kepada teknologi terkini dan juga pengetahuan yang terbaru di pasaran. | |
| Mendapat pengalaman bekerja di industri / organisasi berkaitan bidang masing-masing. | |
| Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran akademik dalam alam pekerjaan yang sebenar. | |
| Mengukuhkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi secara berkesan di semua peringkat di tempat kerja. | |
| Memupuk semangat bekerja secara berkumpulan. | |
| Menghayati nilai / etika kerja seperti jujur, amanah, berdisiplin, dan bertanggungjawab. | |
| Mengamalkan peraturan keselamatan dan amalan baik di tempat kerja. | |
| Menyediakan laporan teknikal berkaitan bidang masing-masing. | |
| Meningkatkan peluang pekerjaan. | |
| Merapatkan jaringan antara kolej komuniti dengan industri. |